Saya Menang Domain dan Hosting Percuma PakarNiaga.com Bukan Penipu

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...semua!!!



SAYA MENANG DOMAIN DAN HOSTING
 PERCUMA PAKARNIAGA.COM BUKAN PENIPU





               Mula-mula penyertaan saya sekadar ingin mencuba, saya dah lupa di mana saya terjumpa tawaran ini, kalau tak silaplah di blogsyarih.com atau adarain.com. Apapun keinginan saya  semakin membuak-buak setelah melihat peserta lain meneka satu persatu jawapannya. Kebetulan saya ada blog yang baru, (blogspot)  masih dalam mencari identiti yang sesuai @niche@tagline yang paling top dan hot. Tak sangka pula saya menang tempat pertama Domain dan Hosting percuma setelah bersaing dengan rakan-rakan peserta yang memang hebat dalam pakar tekaan. Rezeki daripada Allah Taala tiada siapa dapat menahannya.

                   Setiap minggu, peserta perlu memberi jawapan yang tepat atau hampir tepat. pihak penganjur hanya memilih 3 peserta sebagai pemenang dan satu peluang untuk cabutan bertuah. Peluang ini dicabut berapa banyak jumlah penyertaan yang terkumpul dari pusingan pertama hingga ke pusingan ke 7. Walaupun saya menjadi peserta pusingan ke 4, namun dapat mengalahkan peserta lain dengan artikel/entri yang dihasilkan, kerana setiap artikel yg dihasilkan akan diberi 2 penyertaan.

Siapkah Pemenang Bertuah?


domain percuma,pakarniaga.com,pemenang teka sticker iaitu kamil salleh (bloggertopstar.blogspot.com), tempat pertama,clue,jawapan tepat.
Teka Iklan Sticker - PakarNiaga.com
Jawapan sebenar: RM1.00

P/S - Saya telah membuat analisis tentang jawapan yang sememangnya tepat dan telah memberi komen di entri "Domain percuma (keputusan minggu ke 6)", tapi ramai yang tidak ambil perhatian clue yang saya berikan. Lihat komen saya:


" Setelah dianalisis daripada minggu pertama hingga minggu ke 6, hanya minggu ke 4 sahaja ada yang meneka hampir tepat. Apabila keputusan mingguu ke 6 pula, ada peserta menjawab dengan tepat. Saya akan pilih untuk minggu terakhir ini dengan jawapan yang saya berikan dahulu yang saya rasakan memang tepat" Komen inilah yang memberi saya kekuatan untuk terus berada di tempat pertama.


             Sementara peserta lain yang tidak berjaya akan mendapat RM5.00, ia dikreditkan di http:www.domainmurah.pakarniaga.com. Boleh digunakan untuk membeli domain di masa akan datang.

              Ada lagi cabutan bertuah selepas ini, nantikan keputusannya bila-bila masa dari sekarang. Ada hadiah menarik menanti semua peserta. Inilah kebaikan bila menyertai peraduan di PakarNiaga.com.


                  Di masa akan datang PakarNiaga.com akan mengadakan lagi peraduan/contest. Nantikan kemunculan peraduan/contest lain di masa akan datang. PakarNiaga.com bukan penipu, malahan banyak lagi kemudahan yang ada pada mereka yang anda tidak ketahui.

Untuk mendapatkan info terkini dan keterangan lebih lanjut, sila FOLLOW di sini: 





Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Saya Menang Domain dan Hosting Percuma PakarNiaga.com Bukan Penipu"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top