Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015

Kelantan vs Lions XII Final Piala Fa 2015. Kelantan pada musim ini akan memburu kejuaraan buat kali ke-3 dalam tempoh 5 tahun. Perlawanan Final Piala FA 2015 akan berlangsung pada 23 Mei 2015 jam 8.45 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Final Piala FA 2015, Kelantan vs Lions XII, Akhir Piala FA 2015, Buru Kejuaraan Ke-3
Perlawanan Akhir Piala FA 2015


Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015


KELANTAN ( 1 ) vs ( 3 ) LIONS XII

MASA: 8.45 malam

TEMPAT: Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PENJARING: Faris Ramli - minit ke-6 (SIN)

                            Wan Zack Haikal - minit ke-63 (KEL)

                            Sahil Suhaimi - minit ke-81, 90/penalti (SIN)


Kelantan yang dikenali sebagai "The Red Warriors" diibaratkan pertemuan Malaysia dengan wakil Singapura Lions XX di Final Piala FA 2015 musim ini. Sudah pasti ia perlawanan yang menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan.

Kelantan perlu menang pada pertemuan ini, jika mahu mengekalkan trofi Piala FA 2015 terus berada di bumi Malaysia. Mahu atau tidak Kelantan perlu bermain bermati-matian untuk memburu piala tersebut daripada menyeberang Tambak Johor ke Singapura.

Pada persaingan liga 15 Februari yang lalu, Kelantan pernah mengalahkan Lions XII 2-0 di Kota Bharu. Ketika perlawanan Liga Super, Kelantan begitu mudah menguasai dan memenangi perlawan tersebut. Jaringan 2 gol Kelantan diperolehi menerusi Jonathan Mc kain dan Piya.

Ketua pasukan The Red warriors, Mohd Badhri Radzi (Piya) berkata "Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan persembahan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti dan kita perlu menang kerana ia bukan pertemuan Kelantan dengan Lions XII sahaja, tetapi ada simbolik iaitu pertemuan antara Malaysia dengan Singapura," katanya kepada pemberita di kota Bharu semalam.

Bagi ketua jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah, beliau telah memberi segala pengalamannya yang ada untuk menasihati dan memberi motivasi kepada pemain Kelantan agar kemenangan dapat dicapai. Beliau mahu buktikan kepada peminat setia TRW bahawa pemilihannya sebagai jurulatih adalah tepat dan kena pada masanya.

Bagi ketua jrular\tih Lions Xii pula, Fandi Ahmad, tanpa berselindung mengakui Kelantan memiliki kelebihan untuk muncul juara Piala FA 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil tetapi mereka tidak akan membiarkan Kelantan menguasi perlawanan dan menang mudah. Pasukannya juga berhak menang, jika segala perencangan yang diaturkannya nanti dapat dilaksanakan dengan tepat oleh pemain.

Jom ikuti Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015 secara langsung (update) untuk mengetahui keputusan semasa perlawanan ini.

Ramai-ramai penuhi stadium untuk mengikuti secara lebih dekat di Stadium Nasional Bukit, Jalil pada 23 Mei 2015 jam 8.45 malam. Satu perlawanan kemuncak Final Piala FA 2015.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top