Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015

Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015. Siapa sangka? JDT dapat merangkul Piala Liga 2015 untuk dua tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang menakjubkan. Segala persiapan pasukan mereka dikelola oleh bekas Presiden PBNJ Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim untuk tahun ini berbaloi.



tahniah! JDT Juara Liga super 2015
JDT Juara Liga Super 2015


Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015


Tahniah! Buat pasukan JDT telah menjuarai Liga Super 2015. Satu pencapaian yang menakjubkan. Menang dua tahun berturut-turut. JDT pada tahun lalu 2014, telah memenanginya dan tahun ini juga berjaya mempertahankannya.

Pada aksi ke-22 perlawanan terakhir Liga Super, JDT bernasib baik, walaupun kalah dengan Felda United 1-2 tetap berjaya mendakap Piala Liga Super 2015 kerana seteru mereka Pahang terpaksa akur dengan kehebatan Terengganu apabila kalah dengan jaringan gol 1-3. Keputusan ini mengecewakan ketua jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan.

Ketika JDT menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, mereka dikejutan dengan gol awal Shahrul Saat pada minit ke-4 dan pada minit ke-10 pula dijaringkan oleh Indra Putra Mahyuddin melalui sepakan penalti setelah Junior Eldstal mengasari Ndumba Makeche di dalam kotak penalti. Kekasaran itu menyebabkan Junior Eldstal dibuang padang apabila dikenakan kad merah. Mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, namun tidak sedikitkan mematahkan pemain JDT untuk mendapatkan gol.

Akhirnya JDT berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-34. Keputusan 1-2 kekal hingga ke tamat perlawanan. Kedudukan mereka sebagai pendahulu Carta Liga Super 2015 masih kekal 46 mata, perbezaan 2 mata di depan Pahang yang kalah kepada Terengganu 1-3. Pahang terpaksa akur dengan JDT dalam perebuatan Juara Liga 2015.

Kini....tercatat sejarah baru bola sepak Malaysia bahawa JDT berjaya menjuarai Liga Super pada tahun ini. Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015. Mereka berhak mendakap Piala Liga untuk musim ini. Sudah pasti penonton dan penyokong setia mereka menyambut kegembiraan. Satu kejayaan yang amat bermakna buat PBNJ dan negeri Johor amnya.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015"

JDT srmakin memperkukuhkan kedudukannya...

jdt bukan main2 punya..jdt semakin menaik..luaskan kuasamu Johorku! ^^

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top