Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa

Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa. Sambutan kemerdekaan telah diadakan hari ini di Dataran Merdeka penuh dengan semangat kemerdekaan oleh semua yang hadir. Lebih daripada 50 ribu orang yang hadir bagi menyaksikan acara sambutan kemerdekaan itu.



Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa
MALAYSIA - #SehatiSejiwa


Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa

Sambutan kemerdekaan telah dirasmikan oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah dan diiringi oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Zahid Hamidi, pemimpin-pemimpin negara, isteri-isteri pemimpin dan duta-duta asing luar negara.

Ia disambut amat meriah dengan pelbagai pertunjukan dan persembahan sepanjang acara ini berlangsung di Dataran Merdeka pagi tadi. Ia dihadiri segenap lapisan masyarakat dengan semangat patrotik sempena dengan temanya #SehatiSejiwa.

Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa bermula pada 8.15 pagi di dataran yang penuh bersejarah itu merekodkan kehadiran lebih daripada 50 ribu orang pengunjung yang menyaksikan pembarisan oleh semua kontijen anggota keselamatan, penjawat awam dan swasta serta murid-murid sekolah.

Pelbagai lapisan rakyat yang hadir pada pagi tadi, ada yang memakai pakaian yang memaparkan corak bendera Malaysia dan membawa Jalur Gemilang serta pakaian yang melambangkan semangat patrotik.

Permulaan sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu "NegaraKu" dan diiringi 14 das tembakan meriam oleh Rejimen Alteleri Diraja Malaysia.

Sambutan ini disusuri laungan ikrar diketuai oleh Nor Adzmi Baba bersama dengan lima ikon muda Malaysia termasuk penyampai radio terkenal stensen Hot FM, Farah Fauzana, ikon belia Zarif Affandi serta yang menjadi hero semasa gempar bumi di Sabah iaitu Malim Gunung Mohd Ridzuan Kauhinin dan disusuli laungan bergena "MERDEKA" sebanyak 7 kali.

Selepas laungan "MERDEKA", ia diteruskan dengan persembahan pentas dengan paluan gendang oleh 900 peserta yang membabitkan gabungan kekuatan dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia diteruskan dengan peserbahan kawat berirama oleh 2,500 murid sekolah, guru dan kakitangan daripada Jabatan Pendidikan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Persembahan lain yang turut buat demotrasi ialah Anti Terroris, Institut Kemahiran Belia (IKBN), agensi, pertubuhan, persatuan termasuk PROTON dan Malim Gunung.

Diketinggalan juga dimeriahkan dengan persembahan ikon animasi negara, Upin dan Ipin yang berarak melalui depan pentas utama bersama maskot animasi dan 40 kanak-kanak.

Ada banyak acara lain lagi yang telah dijalankan di Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa pada kali ini. Terpaut wajah kegembiraan dan kecerian di wajah-wajah pengunjung yang hadir awal pagi lagi bagi mendapatkan tempat duduk.

Acara pesembahan dan sambutan ini berakhir pada 12 tengahari dan hadirin meninggalkan sambutan ini dengan semangat kemerdekaan dan patrotik.

Berjumpa lagi di Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 pula. Insya Allah.....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2015 #SehatiSejiwa"

Hebat tulisan tuan..semangat patriotik saya juga naik nie

Best bila time merdeka ni boleh tengok perarakan dari pihak tentera..

harap ada perubahan dari segi kepimpinan negara dlm masa terdekat, demi negara.

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top