Tengku Abdullah Sedia Letak Jawatan Presiden FAM

Tengku Abdullah Sedia Letak Jawatan Presiden FAM. Beliau berbuat demikian ketika berucap di depan pemberita ketika sidang akhbar 7 September 2015 yang lepas. Keputusan sedia meletak jawatan akibat kekalahan memalukan Harimau Malaya bertemu UAE di, Abu Dhabi yang lepas.



Tengku Abdullah sedia Letak Jawatan Presiden FAM
Tengku Abdullah

Tengku Abdullah Sedia Letak Jawatan Presiden FAM

Satu keputusan yang berat untuk Tengku Abdullah meletak jawatan ketika skuad Malaysia berada dalam keadaan yang teruk, akibat kekalahan teruk 10-0 ketika menentang UAE dan Arab Saudi 2-1. Bukan itu saja, kekecohan di Stadium Shah Alam pada 8 September 2015 dengan pembakaran suar dan mercun menambahkan lagi kekecewaan. Kekalahan dan suasana kekecohan itu memberi mesej yang jelas bahawa peminat inginkan beliau melepaskan Jawatan Presiden FAM.

Tengku Abdullah sudah beberapa kali ingin melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM, namun dengan keadaan sekarang, membuat beliau ingin melepaskan jawatan itu serta-merta, namun bila memikirkan banyak kerja lagi yang belum selesai dalam menyusun semula struktur dan perancangan dalam meningkatkan rangking Malaysia dalam senarai kedudukan Malaysia di carta dunia FIFA.

Beliau telah meletakkan penilaian KPI terhadap dirinya untuk melepaskan jawatan ini jika Malaysia gagal layak ke pusingan Akhir Piala Asia di UAE 2019. Beliau sudah pasti bertanggungjawab terhadap kekalahan yang memalukan itu, namun beliau perlu mengadakan pembincangan lebih lanjut dengan barisan kepimpinan dan ahli exco dalam FAM. Beliau juga akan melepaskan secara berperingkat-peringkat kerana banyak yang perlu beliau selesaikan terlebih dahulu kerjanya untuk pembangunan bola sepak di Malaysia.

"Bola sepak akan sentiasa menjadi sebuah sukan yang dekat di hati saya". itulah kata-kata beliau agar agar hasil kerja beliau dapat dinilai pada suatu hari nanti.

Jika Tengku Abdullah melepaskan jawatan Presiden FAM, pemangku Peresiden FAM perlu diserahkan kepada Timbalan Presiden FAM  Datuk Seri Apandi Hamzah. Berat dan sukar tetapi terpaksa beliau lakukan agar suatu masa nanti Malaysia layak ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
17 Komentar untuk "Tengku Abdullah Sedia Letak Jawatan Presiden FAM"

Apa kesudahan cerita pengurusan bolasepak negara kita ni agaknya ya...

Tak tahulah, katanya nak habis tempoh perkhidmatan 2018. Nampaknya tak ke mana bola sepak kita.

Sudah tentu beliau seorang yg rasa sgt bertanggungjwb keatas apa yg berlaku. Apa pun sy ucapkan taniah kerana mampu membimbing malaysia dan ada juga perubahan yg attitude penyokong2 bola yg dulu extreme skrg nmpk ok sikit

Bila la bola sepak kita nk kembali menyinar...di mana silapnya ye..

Perletakan jawatan merupakan tindakan yang bertanggungjwab..

Mungkin percubaa baru rombakan besar besaran akan bagi prestasi bola sepak.
Terlalu lama pengurusan yang sama.

macam buat lawak je depa nieh kn

malas aku nak amek port..memasing duk pertahan prinsip memasing..ahaa

Kisah yg akan menjadi kenangan pada masa datang

Dollah Salleh terpaksa letak jawatan Jurulatih skuad Harimau Malaya, Presiden FAM bila pulak, cakap saja tak boleh pakai.

Tidak banyak yang boleh dibanggakan, semenjak era Ayahnya lagi dan sekarang beliau pula. Tiada perubahan ketara beliau lakukan. Semakin teruk tu adalah.

Tak tahulah...... berapa lama lagilah saya pun tak tahun. Sampai e mari pun belum tentu lagi ni.

Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya, jangan asyik berjanji sahaja.

Kena rombak secara besar-besaran, itulah yang perlu FAM lakukan. Bagi kepada orang yang mahir dengan bolasepak.

Memang lawak, ramai yang ketawa... jangan hanya bercakap saja. FAM ni kena main kasar baru boleh jadi.

Kalau asyik bertahan pendirian masing-masing, alamat tahun 2999 pun Malaysia tak dapat pergi ke Piala Dunia.

Itu seandainya beliau mengotakan janji-janjinya.

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top