FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA

FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA | Itulah yang terjadi terhadap FAM, gara-gara tindakan liar sebahagian penyokong yang digelar diri mereka ULTRAS MALAYA ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2019 dan Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September yang lalu.


FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA
FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA

FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA

FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA ekoran insiden tindakan liar segelintir penyokong yang membakar suar serta membaling bom asap dan mercun ke dalam padang ketika perlawanan antara Harimau Malaya bertemu Arab Saudi pada 8 September yang lepas di Stadium Shah Alam, Selangor.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah meneliti laporan daripada pegawai perlawanan, rakaman video dan foto-foto ketika kejadian berlaku, telah memutuskan bahawa FAM perlu membayar denda sebanyak RM180,000 dan akan beraksi di dalam stadium kosong apabila Harimau Malaya akan menerima kunjungan UAE pada 17 November depan. Keputusan yang sudah dijangka oleh kebanyakkan peminat di Malaysia.

Selain itu juga, FIFA juga tekah memberi kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi walaupun pasukan pelawat menang 2-1 ketika perlawanan itu diberhentikan  oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man pada minit ke-88.

Pada perlawanan tersebut , gol pasukan Arab Saudi dijaringkan oleh Taiseer Al Jassam (minit ke-37) dan Al-Sahlawi (minit ke-76), sementara gol jaringan awal Harimau Malaya disempurnakan oleh Safiq Rahim pada minit ke-70.

Dikatakan tindakan tersebut dirancang oleh segelintir penyokong yang dikatakan mahu menunjukkan kepada FAM terhadap kekalahan 0-10 Harimau Malaya kepada UAE di Abu Dhabi pada 3 September lepas. Satu tindakan yang sungguh memalukan dan mencatat sejarah baru akibat kekalahan tersebut.

Bukan itu saja, ranking kedudukan di FIFA Malaysia, skuad Bola Sepak Malaysia ketika ini jatuh ke tangga 171 . Sesuatu yang amat teruk keadaan skuad harimau Malaya di ketika ini, amat memalukan. Dahlah dedenda oleh FIFA, malah skuad Bola Sepak Malaysia jatuh di ranking FIFA. Bilakah skuad Malaysia boleh layak ke Piala Dunia? FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA amat wajar.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "FAM Didenda RM180,000 Oleh FIFA"

Kalau duit tu bagi dengan saya boleh buat bisnes gempak.

Tak pasal-pasal kena bayar. Mahal pulak tu.

Itulah harga yang perlu dibayar disebabkan atitud peminat bolasepak kita.. Pemain dan pasukan Malaysia kena buat perubahan untuk tingkatkan kualiti bolasepak negara...

Tak pasal-pasal kena denda ka..rugija duit tu

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top