Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain

Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain | Adakah anda tahu terdapat banyak kelebihan ONEXOX berbanding telco lain. Kalau nak tahu saya bongkarkan rahsia apa yang ada pada ONEXOX sehingga ia begitu istimewa di kalangan pengguna rangkaian telekomunikasi di Malaysia. ONEXOX satu-satunya telco yang telus dan tiada caj tersembunyi. 


Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain
Kelebihan ONEXOX


Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain

Banyak kelebihan yang ada pada simkad kegemaran ramai ONEXOX ini. Kelebihan yang ada pada ONEXOX tidak sama dengan apa yang ada pada telco lain. Walaupun ada persamaan tetapi jika diperhalusi memang ketara sangat-sangat. 

Nak tahu apa kelebihannya, nak saya huraikan satu-persatu agar anda lebih memahaminya nanti dan bolehlah berkira-kira menggunakannya atau menukarkannya kepada ONEXOX. 

Bukan saya kata telco lain tidak bagus, cuma ONEXOX ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

  • Simkad Murah - Hanya berharga RM10.00 sahaja untuk memilikinya, di dalamnya tersedia kredit berjumlah RM5.00. Bolehlah buat panggilan kepada pakwe atau mak we anda nanti.
  • Panggilan - Short Call dan Voice Mail untuk panggilan pertama cuma 5 sen untuk semua rangkaian atau telco lain. SMS percuma ke semua rangkain sama ONEXOX atau XOX.
  • SMS Percuma - 1800 SMS percuma ke rangkaian sama ONEXOX atau XOX, yakni 150 SMS x 12 bulan.
  • Plan Flexi 2 Dalam 1 - Setiap kali topup, jumlah kredit anda akan dibahagian kepada 2 bahagian, yakni DA (dedikasi) dan MA (utama). DA adalah kadar murah dan MA adalah kadar biasa. Boleh buat secara percuma pemindahan daripada DA ke MA. 
  • Keluarga & Rakan Ke Semua Telco - Boleh pilih 10 nombor pilihan keluarga dan rakan anda dalam apa jua rangkaian telco termasuk talian tetap boleh didaftarkan dalam Frends & Family untuk kadar penjimatan.
  • Internet Berkelajuan Tinggi -  Tiada catuan dalam kelajuan internet data, boleh langgan dengan high speed internet yang laju dan harga pakej yang amat murah dan coverage yang luas.
  • Tempoh Sah 28 Bulan (MNP) - Ini jika anda mengekalkan nombor lama anda ke rangkaian ONEXOX, anda layak mendapat tempoh sah aktif selama 28 bulan.
  • Tempoh Sah Aktif - Tempoh sah aktif akan dikumpul setiap kali pengguna topup. Ini bermakna tempoh sah yang baru hanya akan bermula daripada tarikh luput sempoh sah yang dibuat sebelumnya.
  • Dapat Jana Income Sampingan - Ia dipanggil User Get User dengan mendapat insentif sebanyak 5% daripada jumlah topup pengguna. Lagi banyak rakan dan keluarga sertai lagi banyak pasif income yang anda dapat.
  • Banyak lagi - Pastinya menjimatkan dan menguntungkan banyak pihak.

Untuk mendapat ganbaran sebenar dan testimoni yang betul-betul real, boleh baca entri ini "Pengalaman Bersama ONEXOX". Di situ ada diceritakan satu-persatu tentang pengalaman beliau semasa menggunakan telco ONEXOX. Beliau telah ceritakan kelebihan dan kekurangan telco ONEXOX. 

Jika anda mahu simkad ONEXOX secara percuma boleh juga pergi ke artikel ini "Nak Simkad ONEXOX Percuma". Selepas anda mendaftar, pihak penganjurkan akan mengirim simkad tersebut terus ke alamat rumah anda. Siapa cepat dia dapat. ha...ha....

Kesimpulannya:

Semakin hari semakin ramai yang dah mula menikmati penjimatan dan menguntungkan. Wang anda boleh dijimatkan 20% hingga 30% mengikut kadar penggunaan semasa anda. Saya pun sudah berjinak dengan ONEXOX pada awal tahun 2015. Baju je.... tetapi saya tidak serius sangat dengan kelebihan ONEXOX ini kerana masih mencari kesesuaian masa untuk terus aktif dan ingin menikmati penjimatan yang maksimum. Jika rasa entri "Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain" dapat memberi manfaat, silalah share atau kongsi kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Kelebihan ONEXOX Berbanding Telco Lain"

Bagus juga OneXox ni ya, nanti akan masuk dalam list la bila MV dah nak tukar Telco baru

yg bestnya xox ni xpyh topap byk kali sbb dy aktif slma 2 thun..1 fmly da tuka ke xox..

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top