SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  sentiasa menyokong apa saja program untuk menyemarakkan lagi sempena bulan kemerdekaan tahun ini dengan mengadakan pertandingan video lagi patriotik


SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia



SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan


Pada tahun ini 2017, SSM mengambil kesempatan dengan mengadakan pertandingan nyanyian untuk video lagu-lagu patriotik sempena tibanya bulan kemerdekaan. 

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian kempen Bulan Kemerdekaan pada tahun 2017 yang berkongsepkan #ssmpatriotik. 

Kata Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd.  Wahab Fenner, "Pertandingan itu terbuka kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia".

Menurut beliau lagi "peserta hanya perlu merakam video nyanyian lagu bertemakan patriotik secara individu atau berkumpulan yang berdurasi 1 minit".

"Video tersebut perlulah asli,  kreatif dan tidak menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dan mempunyai hastag #SSMPATRIOTIK bagi melayakkan penyertaan diterima oleh jawatankuasa penilaian dan pengelola". 

" Dalam aspek penilaian, juri profesional akan menilai markah sebanyak 50% dan selwbihnya berdasar jumlah "LIKE" video-video tersebut di laman Facebook rasmi SSM". katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Pertandingan Video #SSMPATRIOTIK dan kunjungan hormat Ketua Unit Komunikasi Korporat Mamee-Double Decker,  Sharszany Shahry Abu Shahriman di Ibu Pejabat SSM semalam. 

Pihaknya juga akan sentiasa berkerjasama dengan SSM untuk menjayakan kempen tersebut sebagai tanggungjawab sosial korporatnya. 

Orang ramai dijemput untuk menyertai program ini. Pertandingan ini berakhir hingga 19 September 2017.

Baca juga entri pertandingan lain:

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan sebanyak RM3,000 untuk tempat pertama hingga ketiga. 

Semua penyertaan dalam bentuk video berdurasi seminit itu boleh dihantar ke e-mel urus setia radin@ssm.com.my sebelum dimuat naik di laman sosial rasmi Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jom kita semarakkan program daripada "SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan".

Selamat brrjaya buat semua peserta yang menyertainya.....


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "SSM Adakan Pertandingan Video Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan"

Rasanya boleh join gak ni ^_^

Jika ada kepakaran dalam menghasilkan lagu dan rakaman video, bolehlah join bro.... ada hadiah menarik tu.

Xde kepakaran. Kalo x bleh join

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top