Hisap Shisha Boleh Dijangkiti Tibi

Hisap Shisha Boleh Dijangkiti Tibi. Mengamalkan aktiviti menghisap shisha setiap hari dan berkongsi penggunaannya boleh berisiko menyebabkan dijangkiti penyakit-berjangkit seperti Tibi atau dikenali sebagai batuk kering.

                                   
                                  


Hisap Shisha Boleh Dijangkiti Tibi

Berkongsi menghisap shisha boleh mengakibatkan tibi dan juga berpenyakit lain seperti sakit jantung, sakitf paru-paru, gusi berdarah, kanser mulut dan sebagainya.

Ada segelintir penghisap sanggup berkongsi penggunaanya, walaupun ia sudah tahu akibat keburukannya. 

Shisha biasanya dikongsi beramai-ramaidalam satu kumpulan. Ia dihisap secara berteruasan dalam tempoh yan lama dan berterusan. Ia lebih berbahaya daripada menghisap rokok.

Kandungannya yang terdapat dalam shisha sama juga dengan kandungan yang terdapat dalam sebatang rokok , malahan ia lebih banyak kandungan berbahaya yang ada di bahan shisha.


Hembusan Asap Shisha Membawa Maut

                                  


Kebanyakan restoran, kafe dan kedai mamak telah menyediakan perkhidmatan shisha pada harga yang murah. Ia sangat digemari dan menjadi kegilaan oleh rakyat Malaysia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang amat terkenal di negara Timur Tengah itu. Biasanya ia dihisap pada waktu malam yang santai dalam satu kumpulan sambil bergilir-gilir menghisapnya.

Walaupun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan pengharaman ke atas shisha pada tahun 2013 selepas meneliti bukit-bukti perubatan secara saintifik, maklumat kandungan, kesan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, perkembangan dan pembangunan ekonomi terhadap pembentukan generasi masa depan di Malaysia, maka fatwa itu dispesifikasikan sebagai haram tetapi masih ramai yang tidak menghiraukannya.

Kandungan Shisha Beri Kesan Buruk

Kandungan karbon monoksida, tar, nikotin, plumbum terdapat pada bahan shisha adalah lebih 400 kali ganda lebih berisiko tinggi memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia terutama penyakit berjangkit srperti tibi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (EHO), amalan menghisap shisha mempunyai ridiko sama seperti merokok. Setiap penghisap shisha akan menyedut sebsnyak 50 hingga 200 kali atsu bersamaan 0.15 hingga 0.6 liter iaitu selama 20 minit hingga 1jam 30 minit.

Kesedaran adalah perkara utama untuk menghalang penggunaannya di kalangan rakyat kita. Tanpa kesedaran penularan penggunaan shisha akan lebih parah lagi dan menghalang popularasi rakyat Malaysia.

Inilah yang menyebabkan orang ramai masih tidak peduli dan menghiraukannya status sebenar yang terdapat pada kandungan bahan shisha tersebut.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Hisap Shisha Boleh Dijangkiti Tibi"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top