E-Rokok Berbentuk Jam Kegilaan Pelajar

E-Rokok Berbentuk Jam Kegilaan Pelajar menjadi isu hangat sekarang ini. Kelihatan seperti jam tangan biasa namun, siapa sangka ia sebenarnya berfungsi sebagai rokok elektrtonik (e-rokok) atau juga lebih dikenali sebagai Vape yang boleh digunakan oleh pelajar untuk ke sekolah.




Vape Watch
Vape Watch

E-Rokok Berbentuk Jam Kegilaan Pelajar

E-Rokok berbentuk jam ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja, lebih lagi pelajar yang akan membawa ke sekolah.

Alat ini boleh ditanggalkan daripada pergelangan tangan dan berfungsi menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Selain itu pengguna juga boleh mengisi semula dengan cecair berperisa pilihan mereka.

Perkembangan ini membimbangkan semua masyarakat terutama ibubapa yang bimbang tentang anak-anak mereka terutama pelajar berikutan ia semakin popular dalam kalangan pelajar kerana ia mudah dibawa ke sekolah tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan kecurigaan.


E-Rokok Berbentuk Jam Perlu Disiasat


Dengan harganya yang murah dan mampu dibeli oleh golongan pelajar atau remaja, malah harga untuk cecair perasa e-rokok berkenaan juga tidak melebihi RM20 untuk setiap isian semula.

Kita berharap agar pihak berkuasa memandang serius dalam perkara ini dan mengambil berat serta bertindak terhadap penjualan produk berkenaan kerana ia menggalakkan remaja yang masih bersekolah menghisap vape di sebalik jam yang mereka pakai.

Pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu segera menyiasat tentang isu ini supaya ia tidak terus menular di kalangan pelajar terutama di sekolah.

Adakah produk ini diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) dan SIRIM kerana alat elektronik ini tiada pelekat daripada agensi terbabit?

Ia menimbulkan persoalan bagaimana alat ini boleh dibawa masuk ke pasaran Malaysia melainkan iannya diseludup atau diikhtiraf sebagai produk lain?

Berita terkini timbul pula isu Ghost Candy atau Ghost Smoke yang dimakan oleh pelajar bertindak mengeluarkan asap apabila dimakan.

Kongsikan Artikel Ini :
+
TERKINI
This is the current newest page
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "E-Rokok Berbentuk Jam Kegilaan Pelajar"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top